Kategori Badminton di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Acara yang dipertandingkan adalah sama seperti dalam Sukan Olimpik, iaitu 5 acara:[4]

  • Perseorangan Lelaki
  • Perseorangan Perempuan
  • Beregu Lelaki
  • Beregu Perempuan
  • Beregu Campuran

Klasifikasi

Terdapat enam klasifikasi bagi badminton dalam Sukan Paralimpik 2020:[5]

  • WH1: Atlet yang menggunakan kerusi roda dan mempunyai kecacatan pada kedua-dua kakinya serta/atau pada bahagian batang tubuhnya (disebabkan kecederaan pada saraf tunjang).
  • WH2: Atlet yang menggunakan kerusi roda dan mempunyai kecacatan pada salah satu atau kedua-dua kakinya serta tidak mempunyai kecatatan pada bahagian batang tubuhnya (atau kecacatan yang minimal).
  • SL3: Atlet bermain secara berdiri dan mempunyai kecacatan di salah satu atau kedua-dua kakinya dan mempunyai masalah keseimbangan semasa berjalan/berlari.
  • SL4: Atlet bermain secara berdiri dan mempunyai kecacatan di salah satu atau kedua-dua kakinya dan tidak mempunyai masalah keseimbangan semasa berjalan/berlari (atau kecacatan yang minimal).
  • SU5: Atlet yang mempunyai kecacatan pada tangannya, sama ada tangan yang memegang raket (mempunyai masalah memegang dan sebagainya) atau tangan yang tidak memegang raket (mengganggu keseimbangan pemain)
  • SH6: Atlet yang kerdil.

Berkaitan